Pengumuman
PERHATIAN KEPADA
SEMUA WARGA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA

Perlaksanaan Sistem e-Permit 2 bagi Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan dan Produk Haiwan Antara Negeri di Malaysia akan diperluaskan ke 5 buah negeri termasuk dua (2) Wilayah Persekutuan berikut :
JPV Negeri Pahang
JPV Negeri Pulau Pinang
JPV Negeri Terengganu
JPV WP Kuala Lumpur
IPPV Putrajaya

Mulai 1 Disember 2009 ( Selasa )

http://epermit2.dvs.gov.my

Termasuk perlaksanaan Sistem e-permit 2 di 8 buah negeri berikut :

JPV Negeri Kelantan, JPV Negeri Johor, JPV Negeri Selangor, JPV Negeri Sembilan,
JPV Negeri Melaka, JPV Negeri Perak, JPV Negeri Kedah, JPV Negeri Perlis

yang telah dikuatkuasakan mulai 14 September 2009.

Peringatan!!!

1.Semua premis, ternakan, pengangkutan dan pemandu kenderaan yang terlibat dengan pemindahan haiwan dan produk haiwan perlu didaftarkan terlebih dahulu sebelum permohonan permit dibuat.
2.Semua premis perlu didaftarkan di daerah/negeri di mana premis beroperasi.
3.Permohonan permit boleh dibuat dimana-mana pejabat perkhidmatan veterinar terdekat yang mempunyai talian internet.
4.Sila rujuk Draf Keempat Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan dan Produk Haiwan Antara Negeri di Malaysia sebagai panduan.
Sebarang kesulitan, sila hubungi :
Dr. Salina binti Amad Bugis
Seksyen Kawalan dan Pembasmian Penyakit
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya
No. Tel(Pej.) : 03-88702045

Email : salina@dvs.gov.my

komen :

Memangla pelaksanaan e-permit ini satu perkembangan yang agak baik dan menuju dunia komunikasi yang agak cangih sekarang ni...
tapi apa yang berlaku sekarang tidak seperti yang diharapkan...pelaksanaan yang agak lemah,kakitangan yang kurang berkemahiran ICT,lokasi pejabat veterinar yang tidak mempunyai internet berkelajuan tinggi dan proses pembayaran yang menyukarkan dalam urusan e-permit ini...

Cadangan :

1. Kakitangan yang terlibat dalam membuat atau melaksanakan e-permit ini wajar diberikan latihan pengendalian sistem ini.


2. Penternak juga diberikan ases untuk memasuki e-permit dan boleh memohon secara individu dan memaklumkan permohonan kepada pejabat veterinar berhampiran.


3. Proses pembayaran perlu dipermudahkan dengan memwujubkan proses pembayaran secara dalam talian samada mengunakan tranfer online atau pembayaran mengunakan aplikasi FPX dan kad Kredit.

0 tokok tambah