===∞===∞===∞===∞===∞
Tahukah anda kenapa stunning, potong urat "sunat" dll itu makruh, haram ?
.
Tahukah anda kenapa PERLU GUNA PISAU, ALATAN TAJAM ?
.
Tahukah anda kenapa wajib ada ehsan terhadap HAIWAN Sembelihan?
.
Tahukah anda kenapa, jatuh haram,makruh jika cara Sembelihan itu kurang tepat, pisau tumpul dll?
.
Kenapa masih ada "perdebatan" berkenaan stunning melalui..;
1. Arus Elektrik
2. Gas
3. Hentakan di tengkorak
.
1.Tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.
2. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.
3. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.
4. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.