•PKS banyak terdapat dalam ladang kelapa sawit sebagai bahan buangan semasa aktiviti-aktiviti pencatasan pelepah atau semasa penuaian buah sawit. Lebih 36 juta tan PKS diperoleh setiap tahun dari ladang-ladang sawit di seluruh negara. Penggunaan PKS memberi kebaikan kepada persekitaran ladang, di samping dapat menyumbang ke arah pembangunan aktibiti-aktibiti ekonomi. Ia memberi potensi yang amat baik bagi meningkatkan pertumbuhan industri penternakan tempatan, juga untuk pasaran eksport.
Teknologi Permprosesan


•Kajian-kajian yang dijalankan di MARDI melibatkan beberapa inovasi dalam aliran pemprosesan. Teknologi pemprosesan banyak bergantung kepada penambahbaikan dalam sistem pengeringan berasaskan tenaga suria (solar) yang disesuaikan daripada sistem Okada.
•Sebelum PKS diproses menjadi pelet atau kiub, ianya diracik menggunakan alat peracik sehingga saiznya mencapai 10 – 20 mm. Kemudiannya dikeringkan menggunakan tenaga solar. Racik PKS kering diproses menjadi pelet atau kiub. Produk-produk ini diformulasi khusus bagi memenuhi keperluan nutrien untuk pelbagai jenis ternakan ruminan. Makanan dalam bentuk pelet atau kiub mudah disimpan dan diangkut .
•PKS yang diracik dihancurkan dan dicampurkan degan bahan-bahan lain sebelum dipeletkan. Dalam pengeluran kiub, proses penghancuran tidak dilaksanakan sebelum dicampur dengan bahan-bahan lain. Berbanding dengan pelet, kiub lebih besar dari segi saiz, lebih longgar dari segi tekstur dan oleh yang demikian, kurang padat dan mudah dikunyah oleh ternakan ruminan. Aras penggunaan optimum PKS dalam makanan lengkap ialah 30%.
Faedah Memberi Makanan Lengkap


•Bahan ini ternyata dapat memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan ternakan ruminan tempatan kerana ianya mudah diproses dan tersedia sepanjang tahun. Pelet atau kiub PKS ini boleh dijadikan makanan lengkap dan seimbang untuk menggemukkan lembu pedaging, lembu tenusu, kambing, biri-biri, rusa dan burung unta.
•Kiub PKS lengkap boleh menampung pengeluaran lembu tenusu berprestasi tinggi sebanyak 21.8 liter/hari apabila dimakan sebanyak 14 kg/hari. Bagi lembu pedaging pula, kadar pertumbuhan harian sebanyak 0.8 – 0.9 kg/hari boleh dicapai pada tahap pengambilan kiub sebanyak 7 kg/hari. Produk-produk ini diformulasi khusus bagi memenuhi keperluan pelbagai peringkat fisiologi ternakan. Ianya bebas daripada toksin atau bahan-bahan anti-pemakanan.
Impak Ekonomi dan Potensi Pengkomersialan


•Teknologi yang dibangunkan nyata sekali dapat meningkatkan penggunaan PKS dan bahan-bahan sampingan lain daripada industri sawit. Penggunaan PKS sebagai sumber serabut utama dalam makanan ruminan dapat mengurangkan kos makanan di antara 20 – 30 %. Potensi penggunaan makanan berasaskan OPF sangat besar memandangkan populasi ruminan di Malaysia akan ditingkatkan kepada 1.2 juta ekor, iaitu sasaran 2010.
•Produk-produk ini mempunyai potensi eksport, terutama untuk pasaran di Timur-Tengah, Taiwan dan Eropah, selain Jepun, Korea dan China. Pelet atau kiub lengkap memberi peluang pengkomersialan dan persaingan harga yang lebih kompetetif dalam pasaran makanan ternakan / rufaj di peringkat antarabangsa.



Permprosesan Makanan Lengkap Berasaskan Pelepah Kelapa Sawit (PKS) Bagi Makanan Ternakan Ruminan




Pemungutan dan peracikan pelepah di ladang sawit













Pengeringan racik pelepah sawit menggunakan sistem Okada

0 tokok tambah