Tanda pengenalan (ear tagging)yang diperkenalkan oleh JPV baru baru ini adalah satu lagi permasalahan dan peningkatan kos yang ditanggung oleh pengimport lembu dari Thailand yang turut juga terkena kepada pengguna domestik.
bagi pihak JPV ini adalah satu langkah yang diambil untuk mengurangkan penyeludupan lembu dan pengawalan penyakit namun adakah langkah ini terbaik yang difikirkan setakat ini.adakah keberkesanan langkah ini tanpa penguatkuasaan pengawalan penyeludupan lembu boleh didapati.



bagi pihak pengimport mengalami kesukaran dalam pengenalan langkah ini disebabkan tag yang dipasang mempunyai nombor yang kecil yang hanya boleh dikesan hanya mengunakan alat pengesan yang disediakan.adakah kesemua JPV negeri telah dibekalkan alat sedemikian..


Proses penimbangan dan pencatatan rekod sukar dilakukan dan menyukarkan bagi pihak pembeli membeli dan memilih lembu yang dikehendaki.Pihak pengimport terpaksa mengeluarkan sedikit lagi pembelanjaan membeli tag lain dan ini telah meningkatkan kos sedangkan pada perkara yang sama.sedangkan tag yang diperkenalkan oleh JPV telah dikenakan RM 13.00/unit.

0 tokok tambah