Itulah luahan yang aku dengar semalam semasa berbicara dengan CEO Zikay Group sdr. Iszhar Ibrahim mengenai masalah yang dihadapi dalam industri penternakan negara kita.
beliau telah membawa masuk ternakan 1500 ekor lembu dari Australia dan menghadapi masalah dalam pemasaran ternakan tersebut oleh kerana syarikat bukan islam yang telah mengsabotaj harga lembu import di pasaran. Syarikat tersebut adalah Kamran Sdn Bhd yang telah lama menceburkan diri dalam pengimportan lembu dari Australia.


Oleh yang demikian rasanya kita sebagai penternak melayu islam perlu bersatu dalam mempertahankan sumber makanan orang islam ini agar tidak dimonopoli oleh orang bukan islam, sememangnya sekarang ini pengimport ini menawarkan harga yang rendah untuk mengawal pembeli agar terikat dengan nya dan cuba untuk merugikan pengimpot melayu tersebut. beliau sanggup untuk menanggung kerugian medengan menawarkan harga yang rendah sekarang agar kuasa monopoli tersebut akan terus kekal pada nya..
Tapi aku rasa tabik dan bangga dengan Zikay group yang baru berminat dalam industri ini yang bukan mudah seperti yang dijangkanya.
matlamat beliau yang kini sudah mampu memasuki pasaran pasaraya besar amat mencabar dan beliau yang mempunyai semangat melayu dan islam yang tinggi mampu untuk berjaya dalam industri ini...Semoga anda berjaya dalam matlamat dan niat anda yang murni ini...

0 tokok tambah