KUALA LUMPUR 7 Julai – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan meminta Jabatan Veterinar berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan melakukan kajian saintifik bagi membuktikan kebenaran tanggapan ramai bahawa daging kambing menyebabkan penyakit darah tinggi.
Menteri kementerian berkenaan, Datuk Seri Noh Omar berkata, persepsi itu menyebabkan orang ramai keberatan untuk menjamah daging haiwan ternakan tersebut.
"Ramai masih bimbang makan daging kambing kerana tanggapan itu. Tapi kajian (awal) yang dibuat Jabatan Veterinar mendapati kandungan kolestrol daging kambing adalah rendah berbanding daging-daging lain,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran kementeriannya menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Dewan Serba Guna Parlimen, di sini hari ini.
Noh berkata, selagi persepsi negatif tersebut tidak disingkirkan adalah sukar bagi pihaknya untuk membuat promosi dan memasarkan daging kambing di pasaran tempatan. – Bernama
Berita lanjut berkenaan...
Anggota parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada jam 2.15 petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri pesta durian dan promosi daging kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di dewan serbaguna Parlimen.
Anggota parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata pada mulanya Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan anggota parlimen yang lain.
"Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, anggota parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak," katanya kepada pemberita.
Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulan dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan.
Idris berkata Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment