Kerajaan, sebelum ini memberikan komitmen penuhnya untuk memastikan pelaksanaan projek-projek ECER berjaya. Apakah keutamaan ECERDC dalam dalam tempoh terdekat?
Keutamaan kita masih jelas iaitu melakukan transformasi untuk menjadikan negeri-negeri di Pantai Timur sebagai wilayah membangun pada 2020 dan kita sedang dalam perjalanan untuk mencapai matlamat tersebut.
ECER bertujuan membawa pembangunan kepada semua penduduk di Pantai Timur. Memandangkan setiap negeri mempunyai kelebihan ekonomi masing-masing, fokus pembangunan juga berbeza. Projek di ECER juga berpusat kepada penduduk, yang bermaksud mewujudkan peluang-peluang perniagaan, merangsang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan domestik. Ia juga akan menaikkan pembangunan modal insan dan kemahiran di wilayah itu.
Semua ini diharap dapat menaikkan taraf kehidupan penduduk tempatan dan memberi faedah kepada generasi akan datang.
Kami bukan sahaja bekerja keras untuk menentukan pelaksanaan pembangunan ECER dan menjayakannya tetapi mereka dan menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif untuk menangani kesan terhadap cabaran-cabaran ekonomi.
Ini termasuk melipat gandakan pemasaran dan promosi dengan mengadakan pameran di peringkat domestik dan di luar negara untuk merangsang pelaburan dan meningkatkan penglibatan PKS.
Berikutan itu, saya menyeru semua pemegang kepentingan ECER termasuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, sektor swasta dan orang ramai bersama-sama menggunakan potensi wilayah ini.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment