BANGI - Nilai pasaran susu segar negara kini bernilai lebih daripada RM3 bilion setahun tetapi pengusaha tempatan hanya mampu menguasai lima peratus daripada nilai tersebut sehingga sekarang.
Menyedari hakikat tersebut, sebuah syarikat bumiputera tempatan, Lazuli Sdn. Bhd. (Lazuli) bersedia untuk merebut peluang keemasan tersebut dengan menyediakan perkhidmatan lengkap dalam bidang ternakan lembu tenusu bagi meningkatkan penguasaan usahawan tempatan dalam bidang penghasilan susu segar.
Ketua Pegawai Eksekutif Lazuli, Khairi Azizi berkata, khidmat lengkap yang disediakan itu turut meliputi aspek pembekalan lembu tenusu dari Australia, pembelian mesin dan peralatan pemerahan susu.
"Selain itu, Lazuli turut menawarkan khidmat nasihat dan pengurusan perniagaan serta cadangan pembinaan ladang ternakan bagi mereka yang berminat dalam industri ternakan lembu tenusu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
seperti yang sedia maklum lazuli adalah pembekal peralatan dan ubatan ternakan so korang fikirlah sendiri...hehhehe
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment