Mengemparkan apabila Harian Metro memaparkan tentang sebuah rancangan terbitan stesen televisyen Denmark yang sedang merakamkan salah satu daripada episode”Survivor Robinson Ekspeditionen” yang menonjolkan aksi perseta rancangan itu berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat. Apa yang mengejutkan ialah rancangan itu dirakamkan di salah sebuah pulau di Negeri Johor.


Perkara ini amatlah memalukan kepada Malaysia yang memang dikenali sebagai sebuah negara islam. Bagaimakah perkara ini boleh terlepas daripada pandangan pihak berkuasa, kerana setahu saya semua pernerbitan yang ingin membuat rakaman rancangan meraka di malaysia perlu mendapatkan kebenaran dahulu daripada pihak berkuasa di Malaysia. Mungkin kah rancangan yang memaparkan perserta dalam keadaan telanjang bulat ataupun bogel ini salah satu daripada cara untuk menghina islam, kerana kita semua tahu sejak kebelakangkan ini banyak perkara yang di buat oleh rakyat denmark semata-mata hanya untuk menghina Islam.

0 tokok tambah